JellyPages.com

23 Jan 2013

Malu itu sebahagian daripada iman


Assalamualaikum,bismillahirrahmanirrahim...pertama sekali lily ingin mengucapkan terima kasih kepada yg membaca blog lily, Sebenarnya, tujuan utama malam ni nak update entry sebab nak kongsi serba sedikit ilmu yang telah lily pelajari. Ilmu apa? Ilmu Hadis :) Sebenarnya jika kita mempelajari ilmu hadis ini dengan lebih mendalam, ia akan menusuk qalb.
Dari Salim bin Abdullah r.a dari ayahnya, katanya:Nabi S.A.W lalu di hadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu. Maka sabda Rasulullah S.A.W kepadanya:Biarkanlah dia, Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman. Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Iman itu lebih daripada tujuh puluh atau enam puluh cabang,maka yang paling afdalnya ucapan 'Laailahaillallah' dan yang paling rendahnya membuang perkara yang menyakiti dari jalan dan malu sebahagian daripada iman"
Itu adalah potongan hadis yang lily copy dari Sini. Terima Kasih :) Sebenarnya, malu kenalah bertempat kan? Malu bertanya, sesat jalan.betul tak? Hehe :D Kadang-kala lily sendiri pun nak bertanya pun malu. Sedangkan hal mcm tu hanyalah benda yang remeh-temeh. Tapi, kadang-kala kenalah jugak berani. Berani itu penting dalam sesebuah kehidupan. Yeah. Dalam hal sebegini, ibu lily sendiri ialah idola Imanul. Beliau sangat berani dan tidak takut untuk melakukan perkara yang benar. Tapi malangnya, anaknya yang bernama Nur Asmah Laili ini tidak seberani beliau. Hehe.

No comments:

Post a Comment

 
KakiBlog KakiBlog